Categories

Payment





Perfect Agro (M) Sdn. Bhd. is a Bumiputera company, headed by their Chairman, namely Datuk Razhi bin Yahaya has involved in the marketing and trading of the products that are based from the goat and sheep livestock activity. In the awareness of the massive potential of the goat-based food products, PAMSB has produced their own and unique goat meat burger (chevon burger) and it is branding as KamBest. Precisely, KamBest is a food product that is produced from the activity of goat livestock which are the goat meat burger (chevon burger) and the goat meat sausage (chevon frankfurter), and the variation of KamBest products can be found on beef and chicken meat. PAMSB had marketed KamBest products actively and aggressively even though they are still new in this sector. Although KamBest products only has been produced in May 2010, but PAMSB has lifted up the brand aggressively, and this includes the marketing of the products to all events and expos around Malaysia and also a promotion of the product at Ho Chi Minh City, in Vietnam. KamBest products can be found at all major hypermarkets of MyDIN, and 14 distributors had been appointed throughout Peninsular of Malaysia.

Perfect Agro (M) Sdn. Bhd. (PAMSB) merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang diteraju oleh Pengerusinya, iaitu Datuk Razhi bin Yahaya yang telah menceburi pemasaran dan dagangan produk hiliran yang berasaskan daripada penternakan kambing dan bebiri. Menyedari kepada potensi besar yang dijanjikan di dalam produk makanan yang berasaskan kambing, PAMSB telah menghasilkan produk daging burger kambing yang tersendiri dan dijenamakan sebagai KamBest . Secara terperinci, KamBest ialah produk makanan yang terhasil daripada sektor hiliran penternakan kambing iaitu daging burger dan sosej yang diperbuat dari daging kambing, dan variasi produk KamBest ini juga terdapat bagi daging lembu serta ayam. PAMSB telah secara aktif dan agresif memasarkan produk KamBest walaupun baru bertapak di dalam sektor ini . Walaupun produk KamBest ini dihasilkan pada bulan Mei 2010, namun PAMSB telah membawa jenama tersebut dengan agresif termasuklah memasarkan produk tersebut di tapak-tapak ekspo kebangsaan seluruh negeri Malaysia di samping pernah mengadakan promosi produk tersebut di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. Produk-produk KamBest ini sudah berada di kebanyakan pasaraya besar MyDIN, dan sejumlah 14 pengedar produk KamBest telah dilantik di seluruh Semenanjung Malaysia.




Email Address :
Password :
    Forgot Password?
Resend Activation Email