Pengenalan

Jelajah Buat Elok saja Tau! (BEST!) yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) adalah satu inisiatif untuk membendung gejala sosial yang semakin serius di kalangan masyarakat. Program Jelajah BEST! berbentuk hiburan santai diharap dapat mendekati komuniti setempat di seluruh negara, khususnya golongan muda.

Program Jelajah BEST! yang merupakan kesinambungan daripada Karnival BEST! yang kali pertama diadakan pada tahun lepas akan memulakan edisi tahun 2012 ke zon utara bertempat di SMKA Pekan Gurun, Kedah pada 18 - 19 Mei 2012. Jelajah BEST! mendapat kerjasama strategik daripada Kosmo!, Great Wall Motor Sdn. Bhd., Majlis AIDS Malaysia (MAM), DagangHalal.com dan lain-lain agensi kerajaan.

Lokasi


View Larger Map


Jelajah BEST! 2012 akan diadakan di SMA Pekan Gurun, Gurun, Kedah Darul Aman.

Objektif

Melalui penganjuran program ini, Jakim dapat memberi pendedahan dan mendidik masyarakat mengenai garis panduan berhibur mengikut syariat Islam.

  1. Antara pengisian Karnival ini adalah slot Konsert BEST!. Konsert ini akan mempratikkan garis panduan hiburan Islam.

  2. Garis Panduan Hiburan akan menjadi panduan kepada artis dan juga mendidik mana-mana yang dikatakan bercanggah dengan syariat agar selaras dengan tuntutan syarak dan mampu mendidik jiwa manusia.

  3. Program Jelajah BEST! ini akan menyediakan satu mekanisme baru dengan perancangan yang telititi untuk menaikkan martabat hiburan kearah yang lebih baik dan memberi kesan yang positif.

  4. Para pengunjung semasa konsert berlangsung akan diasingkan mengikut kategori lelaki, perempuan dan keluarga. Secara tidak langsung akan mengurangkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan membendung gejala sosial.

  5. Para pengunjung akan mendapat informasi mengenai permasalahan sosial kerana terdapat gerai pameran dari agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan semasa program tersebut berlangsung.

  6. Dengan terlaksana program ini, diharap akan memberi satu alternatif baru kepada umat Islam untuk menikmati dan berhadapan dengan dunia muzik moden.

Aktiviti

  1. Forum Perdana Ehwal Islam
  2. Konsert BEST!
  3. Senam Pagi Bersama Kumpulan Rabbani
  4. Pertandingan 'Spell It Right'
  5. Pertandingan Mewarna
  6. Pertandingan Gubahan Sirih Junjung
  7. Demonstrasi Pertolongan Cemas oleh JPAM
  8. Gerai Jualan dan Pameran

Temui Artis Secara Live!

  1. Fahrin Ahmad
  2. Kumpulan Rabbani
  3. Ustaz Kazim Elias
  4. Taufik Imam Muda
  5. dan ramai lagi!

Sekretariat

DagangHalal.com
Wisma UOA II, Suite 10-6,
No. 21, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel No: 603 - 2171 1128
Fax No: 603 - 2166 1148

Contact person: Mr. Dhaliff
Email: dhaliff@daganghalal.com


  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback

Feedback to us for any suggestions, problems encountered, and other enquiries.
Email :
Detail :
 
 
       
  close x  
 

Instant Feedback